Assalamualaikum dan hai =))
malam ni buntal nak cerita pengalaman buntal.. maaf lah kalau entri terlalu panjang.. di sini lah bermula cerita ku...
aku seorang hamba Allah yang lemah..tetapi, dihadapan orang ramai, aq terpaksa berpura-pura untuk menjadi kuat untuk menyembunyikan perit dihati ku ini.. tetapi, disebabkan aq terlalu pendam, aq terlepas dan menitis airmata ku setitik demi setitik.. hati aq amat perit sekali apabila aq selalu dihina, dicaci, dikutuk oleh orang disekeliling aq.. walaupun orang itu sahabat2 ku mahupun sesiapa yang rapat bersama ku.. dulu, aq berdendam sebab perbuatan mereka.. tetapi, bila aq difikirkan balik, kenapa aq harus berbuat begitu,.. Ya Allah, aq berdosa.. tetapi, aq juga manusia yang punya hati dan perasaan... aq juga ada maruah.. aq tidak sanggup mereka pijak maruah ku.. =')
tetapi, bila aq duduk termenung sorang2 di dalam bilik, aq terkenang balik dengan perbuatan ku.. sebab perbuatan ku, aq bergaduh degan kawan ku.. sampai mula timbul benci diantara kami..sebab berlaku salah faham.. aq terpaksa menipu demi menjaga maruah aq dan kawan aq.. biarlah aq dimarahi dan dihina dan dimalukan.. tetapi, dengan berkat kesabaran aq, aq cuba mengalah demi persahabatan ku.. dan kami mula berdamai.. dan, selepas kes itu selesai.. mula timbul masalah lain.. iaitu apabila aq menerima bekas kekasihku.. orang cakap dah ludah kita jilat balik.. kan pengotor.. aq bukan taknak dengar kata2 mereka, tetapi masa tu aq masih sayangkan dia..tapi tu semua dulu.. masa tu lah.. cacian yang aq terima oleh macam2 ragam manusia.. Ya Allah, masa tu aq terus jatuh sebab aq dah tak tahan dengan cacian mereka.. aq menangis sorang2 diam dalam hati walaupun airmuka aq nampak tenang..
masa aq di sekolah, aq cuba menjadi kuat setelah bangun daripada tidur..aq berdoa agar hatiku terima ape yang didengari.. tetapi.. aq terus lemah bila aq terus pandang muka yang mencaci aq.. sebab bila diingat balik, memang sakit... aq terus menangis..tiada sesiapa yang nampak kecuali kawan ku bernama dayang.. dia jer yang tahu perasaan aq.. dia lah banyak memberi kata2 semangat kepada ku.. dan bila aq mendengar kata2 si dia, aq kembali kuat untuk memenuhi impian ku untuk meneruskan pelajaran.. aq banyak terima kasih kepada dia yang ada tatkala aq jatuh..
sekarang, aq berasa syukur kerana Allah masih memberi aq kesempatan untuk terus hidup.. dengan kesempatan ini, aq ingin memperbetulkan kesilapan lalu..usiaku semakin meningkat.. biarlah aq berubah kepada kebaikan secara perlahan-lahan.. aq tidak ambil peduli lagi dengan kata2 orang.. itu hak mereka.. mulut orang kita tak boleh tutup kan.. yang pasti, aq masih ada Allah, ibubapa, family dan kawan2 yang aq rapat.. semoga dengan penghijrahan aq ni, diberkati oleh Yang Maha Esa.. in sha Allah.. ='))
Ya Allah.. pada engkau lah aq memohon.. kau jauhkan lah sifat dendam, benci, marah, sombong dalam diriku ini.. kau berikan sifat kesabaran yang kuat ke dalam diriku ini supaya tabah menghadapi dugaan mu tanpa sebarang mengalah.. Ya Allah, kau ampunilah dosa2 orang yang telah mengkhianati ku dan kau lembutkan lah hati mereka untuk ke jalan yang benar.. amin ya rabbal alamin.. =')
SENYUMAN bukan bermakna mereka bahagia, namun kadang2 itu adalah cara yang terbaik untuk mereka menyembunyikan hati yang sedang terluka :')
satu senyuman boleh menutupi seribu kesedihan,Jgn ingat orang yg slalu senyum ni bahagia. Kesedihan dihati dia hanya ALLAH yang tahu :')
salam maulidur rasul.. ^__^
DEAR,
nadhirah
TERIMA KASIH SINGGAH, BACA DAN KOMEN :)
No comments:
Post a Comment